Wong Sze Phin
Wong Sze Phin 

Wong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong itu berkata dana yang diperuntukkan kerajaan kepadanya itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin antaranya termasuk menanggung kos penyelenggaraan masjid tersebut.

"Kos penyelenggaraan termasuk penukaran karpet , penambahan pemasangan lampu jalan dan tong sampah di sekitar kawasan masjid," katanya selepas turun padang meninjau sendiri kawasan sekitar Kampung Saddani di Jalan Apas, Batu 2 di sini, hari ini.

Di samping itu, Wong berkata pihaknya akan turut memohon peruntukan bagi menaiktaraf jalan tersebut bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung. -BERNAMA