Suspek yang berusia 40 tahun yang membawa sebuah bot pancung ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi dikatakan dalam perjalanan dari Pulau Tanagak, Filipina menuju ke Kampung Forest, di sini.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohd. Yazib Abd. Aziz berkata, ketika anggota PPM menjalankan rondaan menerusi Op Pensura, mereka menemukan bot pancung suspek dalam keadaan mencurigakan di perairan tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas bot terbabit menemui sebanyak lima karung guni dan 10 bungkusan plastik berisi 3,000 telur penyu.

“Kesemua telur penyu itu dianggarkan bernilai RM4,800 dan disyaki diseludup masuk ke negara ini.

“Pada masa sama, pemerikaan lanjut juga mendapati juragan berkenaan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE