Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata dalam kejadian 3.20 pagi, juragan berumur 31 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah itu ditahan bersama pelbagai jenis ikan seberat kira-kira 80 kilogram.

"Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM46,000. Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Mohamad Pajeri berkata operasi bersepadu itu dijalankan bertujuan mengesan dan memantau aktiviti perikanan di perairan Sabah selain usaha mengeratkan hubungan antara PPM dan agensi berkaitan dalam menguatkuasakan undang-undang dan keselamatan maritim di negeri ini. - BERNAMA