Jurutera Air Bahagian Sandakan, Ishar Hamka Ismail berkata 18 dikesan di kawasan Kampung Karamunting dan satu di Jalan Trig Hill.

"Tindakan pemotongan ke atas kesemua sambungan haram itu telah diambil tindakan oleh pihak Jabatan Air sejak pukul 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari dengan bantuan kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Air.


"Kesalahan itu di bawah Seksyen 49 (b) dan Seksyen 53 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003, yang membawa denda sehingga RM50,000 atau penjara dua tahun, jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini.


Ishar turut memaklumkan bahawa Jabatan Air tegas agar semua pengguna mematuhi undang-undang atau berdepan dengan hukuman berat jika didapati melakukan kesalahan.


"Pejabat ini juga memohon kerjasama dari orang ramai untuk memaklumkan sekiranya berlaku sebarang kes kecurian atau kebocoran paip air segera melaporkan ke talian 'hotline' Jabatan Air Sandakan di 1-300-8888-55," katanya. - BERNAMA