Osman Jamal
Osman Jamal 

Beliau berkata perkara itu boleh dilakukan dengan cara meneladani sifat mulia Rasulullah SAW termasuk menyantuni semua pihak.


"Berbaik dengan semua orang bukan sahaja memberi manfaat kepada diri malahan rahmatnya dapat dinikmati seluruh masyarakat," katanya ketika merasmikan Tilawah al-Quran peringkat Perbandaran Tawau di sini malam tadi.


Beliau berkata umat Islam juga dituntut menjadikan ajaran al-Quran sebagai panduan dan dipraktikkan dalam aspek kehidupan seharian.


Pada majlis itu, johan qari dimenangi oleh Mohd Azamudin Lukman manakala johan qariah disandang Noriam Kata dan kedua-dua mereka menerima hadiah pakej menunaikan umrah. - BERNAMA