Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata lawatan dua kapal berkenaan diketuai Commander Curise Training Tas Gorup TLRK, Rear Admiral Yang YongMo bersama 630 kru termasuk 140 Pegawai Dalam Latihan.

"Sepanjang kedua-dua kapal itu berlabuh di sini kita akan bekerjasama dengan TLRK untuk menganjurkan pelbagai acara menarik termasuk lawatan ke dua kapal berkenaan.

"Kami juga akan menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang akan diadakan di Persatuan Rumah Amal Sabah," katanya dalam kenyataan yang diedarkan kepada media semasa lawatan di kedua-dua kapal berkenaan, di sini hari ini.

Beliau berkata kehadiran kapal berkenaan akan mengeratkan lagi hubung anantara Malaysia dan Republik Korea.

Syed Zahiruddin Putra berkata lawatan kapal berkenaan secara tidak langsung memberi gambaran jelas bahawa keselamatandi perairan Sabah sentiasa terpelihara dan memberi keyakinan kepada pelabur luar.

Sementara itu, kenyataan Unit Komunikasi TLRK berkata, kedua-dua kapal berkenaan akan berlabuh di pangkalan TLDM Sepanggar hingga 27 November ini.

"Kedua-dua kapal itu baharu pertama kali berlabuh di TLDM Sepanggar dan lawatan ini antaranya bertujuan memberi pengalaman baharu kepada Pegawai Dalam Latihan.

"Malaysia adalah negara kelapan kita berlabuh. Selepas ini kami akan ke Amerika Syarikat dan Jepun sebelum kembali semula ke Korea," kata kenyataan itu. - BERNAMA