Wong yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, berkata DAP Sabah gembira bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Mohd Shafie untuk memastikan rakyat negeri itu menikmati kehidupan lebih baik. 


Stephen Wong Tien Fatt
Stephen Wong Tien Fatt 

"Di bawah pimpinan Mohd Shafie, kerajaan negeri Sabah yang baharu sedang berusaha mengembalikan negeri ke landasan yang betul," katanya dalam kenyataan di sini.


Wong yang juga Anggota Parlimen Sandakan, berkata beliau yakin Sabah akan semakin maju di bawah kepimpinan Mohd Shafie yang berpandangan jauh dan mengamalkan kesederhanaan serta keterbukaan dalam memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum di negeri itu. - BERNAMA