Pengarah Urusannya bagi Asia Tenggara, Marie Sjodin Enstrom berkata bengkel itu bukan sahaja menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan di Sandakan, malah di Lahad Datu dan Tawau, selain menambah rangkaian perkhidmatan sedia ada yang meluas di Malaysia.


Bercakap semasa pembukaan bengkel bernilai RM500,000 itu, beliau berkata Scania melihat sokongan itu sebagai penting kepada pelanggan yang kebanyakannya dalam sektor pelancongan, minyak sawit dan pengangkutan, untuk menikmati manfaat daripada kemudahan yang mereka miliki.


Ini termasuk akses mudah ke bengkel dan alat ganti yang memberi tambah nilai kepada perniagaan pelanggan.


Bengkel itu dilengkapi dua ruang kerja yang akan dikendalikan oleh tiga juruteknik berkemahiran yang boleh membaiki maksimum empat kenderaan sehari. - BERNAMA