Ketua Pegawai Operasi Rural Capital Sdn Bhd, Mahadir Ibrahim mempersembahkan replika cek sumbangan zakat tersebut kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Pengarah Mara negeri, Lukman Hakim Hasan.

Sementara itu, ketika bertitah dalam majlis tersebut, baginda menyeru agar umat Islam memperkukuhkan perpaduan selain melakukan penambahbaikan secara berterusan supaya umat Islam sentiasa menjadi contoh kepada mana-mana pihak.

“Perumpamaan ibarat ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’ hendaklah menjadi pegangan umat Islam secara keseluruhannya," titah baginda.- UTUSAN ONLINE