ISMAIL MOHAMED
ISMAIL MOHAMED

Peruntukan tersebut diagih-agihkan untuk Projek Industri Kecil (PIK), Projek Tanaman Fertigasi (PTF) dan Projek Pembangunan Pertanian (PPP) iaitu pembangunan tanah terbiar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Ismail Mohamed berkata, bagi PIK, seramai 304 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dibantu dengan peruntukan RM1.7 juta.

“Bantuan yang diberikan menerusi PIK ini meliputi kelengkapan bengkel iaitu me­sin, program pembungkusan dan pembinaan premis baharu.

“Bagi PTF pula, seramai 110 usahawan tani yang berpotensi dibantu. Mereka mendapat pakej bantuan meliputi input benih, baja dan sistem pengairan bagi setiap projek yang diusahakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Ismail yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, bantuan PTF dapat menjimatkan kos setiap usa­hawan dan menyumbang terhadap pembangunan industri tanaman ne­geri.

Bagi PPP pula, seramai 20 petani dipilih untuk mengusahakan tanah terbiar dengan menikmati insentif in­put benih dan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian, katanya.

“Jika dilihat unjuran penerima manfaat untuk lima tahun kebelakangan ini bermula dari 2013, PGU berjaya melahirkan 2,313 usahawan dengan peruntukan RM15 juta daripada kerajaan negeri,” katanya.