Rawang bukan lagi pekan ko­boi yang dianggap pendalaman dan jauh terpinggir dari pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Sebaliknya menjadi antara lokasi pertimbangan kepada pembeli dan pelabur harta-nah selepas Shah Alam dan Sungai Buloh.

Anda boleh melihat sendiri, bermula dari Bandar Count­ry Homes, Tasik Puteri sete-rusnya ke Kundang semua-nya dipenuhi projek-projek perumahan baharu yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Begitu juga di sebelah kanan menuju ke pekan Ra-wang, di kiri kanan jalan juga dipenuhi bangunan-bangunan komersial.

Rawang memang banyak berubah tetapi pada masa sama penduduknya menghadapi pelbagai masalah.

Selain isu kesesakan lalu lintas dan jalan rosak yang tiada kesudahan, isu banjir kilat antara isu yang perlu diselesaikan segera pihak bertanggungjawab.

Bagi penulis bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila hujan lebat berterusan baru-baru ini mengakibatkan beberapa kawasan di Rawang terutama Kuang dinaiki air.

Ahli Dewan Udangan Ne-geri Rawang, Gan Pei Nei dalam sidang akhbar baru-baru ini selepas kejadian juga tidak menafikan pembangunan pesat turut menjadi punca utama.

Ini bukanlah kejadian pertama dan yang menanggung sengsara tentunya penduduk.

Walaupun tidak melibatkan nyawa, kerosakan harta benda sudah cukup membuatkan masing-masing tertekan.

Difahamkan, banjir kilat itu berpunca daripada tindakan pemaju melakukan kerja pemotongan tanah bagi projek pembangunan berhampiran menyebabkan sistem perparitan tidak berfungsi dengan baik.

Malah tindakan pihak berwajib menangguhkan proses pembesaran dan kedalaman Sungai Kuang turut menjadi punca.

Penulis berharap dua projek tebatan banjir di Sungai Gong dan Sungai Bakau yang sedang berjalan dan dijangka siap pada November seperti dinyatakan Pei Nei bagi me­ngatasi masalah banjir kilat di Bandar Country Homes dan kawasan sekitarnya bukanlah sekadar janji kosong.

Pembangunan lestari yang seimbang amat diperlukan dari aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial yang ak­hirnya membawa kesejah­teraan kepada masyarakat.

Bukanlah pembangunan les­tari namanya jika ia memberi kesan buruk kepada ma­sya­rakat.