Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut hadir, Panglima Briged Ke-30 Infantri, Brigadier Jeneral Hashim Aman Shah.

Mardzuki yang dilahirkan pada 30 April 1965 dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan, memiliki Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam dari University of Hartford, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Pengajian Sains Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau mula berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 11 Julai 1988 dan mengambil alih jawatan terkini itu pada 9 November 2018.

Mardzuki bertanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kestabilan di utara tanah air meliputi Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Tuanku Syed Sirajuddin ialah Kolonel Yang Dipertua Kor Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja manakala Tuanku Syed Faizuddin Putra ialah Komander Pasukan Simpanan Tentera Darat Rejimen 504 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Bukit Keteri dekat sini. - UTUSAN ONLINE