Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Raikan impian murid istimewa melalui Firdaus2050

MURID-MURID Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuala
MURID-MURID Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuala Terengganu bersama guru dan pembimbing dalam satu kegiatan program Firdaus2050 di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 4 Julai – Se­kumpulan 30 murid istimewa dari Sekolah Kebangsaan Pendi­dikan Khas (Pendengaran) Kuala Terengganu (SKPKKT) diraikan dalam program motivasi Firda­us2050 baru-baru ini.

Program yang terarah kepada suntikan semangat dan meningkatkan jati diri itu dijayakan de­ngan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Guru Besar SKPKKT, Ahmad Shahdan Ishak berkata, melalui pendekatan ‘berusaha untuk berdikari’, murid-murid diterapkan dengan nilai-nilai positif se­perti kemahiran berinteraksi.

“Pelbagai acara menarik diadakan seperti tayangan video Firdaus2050, aktiviti berkumpulan dan persembahan bagi mewujudkan suasana lebih menceriakan.

“Di samping itu juga, dapat mencungkil bakat mereka untuk menyediakan pembentangan berdasarkan kreativiti kumpulan masing-masing,” ujarnya.

Sementara itu, penceramah bagi program tersebut, Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman berkata, program Firdaus2050 merupakan cetusan idea Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

“Ini bagi meningkatkan soko­ngan moral kepada murid-murid agar tidak mudah putus asa dan berusaha menterjemahkan impian untuk ke pusat pengajian tinggi,” ujarnya.

Katanya, melalui pelbagai aktiviti yang diadakan melibatkan peranan bersama guru-guru, mereka diterap dengan sikap to­leransi, bekerjasama dan kerja berpasukan.

“Biarpun dalam kalangan me­reka yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran, namun mereka ternyata cukup bersema­ngat menjayakan akti­viti dan pembentangan untuk muncul sebagai pemenang,” ujar Tengku Nuriah.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain