Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Qari Kelantan calon berkeperluan khas terbaik SPM

Qari Kelantan calon berkeperluan khas terbaik SPM
MUHAMMAD Qayyim Nizar Sarimi memegang slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 sambil diperhatikan ayahnya, Sarimi Yusoff di majlis pengumuman keputusan SPM 2016 di SMKA Melor di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 16 Mac - Wakil Kelantan ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-60 awal bulan hadapan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi muncul antara calon berkeperluan khas cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang diumum hari ini.

Muhammad Qayyim yang mengambil lapan subjek berjaya memperoleh keputusan 1A, 1A-, 5B+ dan 1D biarpun dikategori orang kurang upaya penglihatan.

Pelajar berusia 18 tahun yang berasal dari Kota Bharu ini mengucapkan terima kasih kepada semua rakan dan guru yang membantu terutamanya Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor, Mohd Zaidee Che Mat.

“Saya belajar dalam kelas seperti orang lain cuma saya gunakan buku braille dan perakam suara untuk merakam apa yang cikgu ajar.

“Kadang-kadang saya turut bawa perakam suara semasa menghadiri perbincangan kumpulan supaya saya mudah ingat apa yang sahabat sekumpulan terangkan,” katanya ketika ditemui di SMK Melor di sini hari ini.

Anak kepada pensyarah, Sarimi Yusoff, 52 dan guru Rozan Mohamed, 44, ini bakal berentap dengan barisan Qari yang lebih senior di majlis tilawah yang akan berlangsung dari 2 hingga 8 April ini.

Muhammad Qayyim Nizar berkata, dia berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang tarannum dan qiraat di samping menanam cita-cita menjadi pakar Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain