Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pusat Pengangkutan Mampan Asia lahir pakar logistik

AZLAN MAN menandatangani plak perasmian Seminar Logistik dan Pengangkutan
AZLAN MAN menandatangani plak perasmian Seminar Logistik dan Pengangkutan Mampan anjuran Unikl di Kangar, Perlis, semalam.

KANGAR 16 Feb. – Kerajaan nege­ri berharap penubuhan Pusat Pengangkutan Mampan Asia (AST) yang bakal direalisasikan Universiti Kuala Lumpur (Unikl) di Padang Besar dekat sini, akan melahirkan ramai tenaga pakar dalam bidang logistik.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, pihaknya te­lah menyediakan tanah seluas 40 hektar di Lembah Chuping bagi pembangunan kampus cawa­ngan universiti tersebut.

Walau bagaimanapun kata beliau, pembinaan dan penyediaan infrastrukturnya bergantung kepada Unikl.

“Kerajaan negeri percaya AST mampu menampung keperluan tenaga mahir, apatah lagi Lembah Chuping yang akan dibangunkan sebagai sebuah kawasan perindustrian.

“Penubuhan AST juga memenuhi hasrat kita untuk menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri ilmu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan sempena Seminar Logistik dan Pengangkutan Mampan anjuran Unikl di sini, hari ini.

Yang turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Unikl, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd. Su’ud.

Seramai kira-kira 50 orang peserta terdiri daripada pemain industri pengangkutan dan logistik hadir bagi membincangkan pelbagai isu semasa berkaitan bidang berkenaan.

Azlan seterusnya membe­ritahu, negeri itu mempunyai keunikan tersendiri berbanding negeri lain kerana selain bersempadan dengan Thailand, Perlis juga mempunyai jaringan laluan kereta api.

“Maka sebab itu, kita melihat Perlis mampu menjadi hab pengangkutan khususnya kereta api,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Mazliham memberitahu, pihaknya dalam proses untuk mendapatkan ge­ran daripada kerajaan bagi pembinaan sebuah kampus cawa­ngan Unikl di negeri ini.

Katanya, buat masa ini, AST akan berperanan menjadi ‘kilang pengajar’ kepada pelajar tahun akhir Unikl dalam bidang berkaitan.

“Pelajar yang berada pada tahun akhir ini akan mengikuti program mereka di AST bagi memberi pendedahan persekitaran sebenar bidang pekerjaan mereka.

“Ini sebagaimana kampus Unikl di Sepang, Selangor berkaitan penerbangan dan di Lumut, Perak dalam sektor perkapalan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain