Ismail Ahmad, 71, dari Kampung Paya dekat Tanah Liat sebelum itu menghadiri majlis penyampaian sumbangan yang disempurnakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 Dia tiba-tiba terjatuh dari motosikalnya sebelum pengsan dan diberi rawatan kecemasan oleh seorang jururawat yang kebetulan melalui kawasan itu.

 Ketika kejadian pada pukul 2.50 petang itu, dia turut dibantu Naib Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Abdul Aziz Shek Ahmad dan beberapa kakitangan KKLW. 

 Ismail dibawa ke HBM menggunakan ambulan untuk menerima rawatan lanjut namun meninggal dunia pada pukul 4.15 petang dan jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tengah dekat Berapit esok. - UTUSAN ONLINE