Pengarah Maritim Malaysia, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, ketiga-tiga mereka ditahan bersama bot tempatan kelas C kira-kira pukul 4.40 petang kelmarin ketika rondaan dilakukan di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiga lelaki warga Thailand berusia 51, 45 dan 42 tahun berada di dalam bot berkenaan.

“Mereka dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai terdekat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, bot berkenaan bersama dua pukat tunda gulung dan pelbagai jenis ikan dianggarkan 800 kilogram telah dirampas dan dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung di sini untuk siasatan serta tindakan lanjut.

“Setakat bulan ini, pihak kami telah berjaya menahan empat buah bot tarik tepi termasuk bot tersebut.

“Maritim Malaysia meman­dang serius terhadap kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 terutamanya kesalahan yang melibatkan aktiviti menangkap ikan di luar dari zon yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan,” katanya.