Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata pementasan teater itu berkisar kepada sketsa komedi.

“Walaupun begitu jika terdapat adegan lucah dipersembahkan pihak polis boleh menghentikan terus persembahan tersebut.

“Pihak polis sedang menjalankan pemantuan rapi tentang perkara ini,” katanya di sini hari ini.

Semalam sekumpulan aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan protes secara aman di Pentas 2 Penangpac,

Straits Quay di Tanjung Tokong di sini bagi membantah tayangan teater Love in Georgetown City.

Poster teater itu yang sebelum ini bertajuk Sex in Georgetown City menerima kecaman daripada pelbagai pihak sehingga pengarah teater itu, Fa Abdul tampil memohon maaf dan menukar tajuk teater tersebut menjadi Love In Georgetown City. - UTUSAN ONLINE