Bertemakan Kongsikan Kasih Sayang, beberapa aktiviti diadakan seperti pertandingan bola keranjang, ping-pong serta ceramah dan kuiz berkaitan Islam.

ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md. Lazim berkata, biarpun berbeza bangsa dan agama namun pihaknya tidak meminggirkan penduduk di kawasan itu.

“Ini adalah kali kedua saya menganjurkan program bersama mereka selepas majlis berbuka puasa yang mendapat sambutan hangat sebelum ini.

“Kita juga bertuah apabila majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim,” katanya.

Sementara itu Wan Salim berkata, program seumpama itu mampu mengelakkan salah faham berkaitan Islam di kalangan masyarakat serta menunjukkan betapa Islam menghargai agama lain.

Jelasnya, majlis itu juga dapat memperkenalkan sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad kepada orang bukan Islam di kawasan itu. - UTUSAN ONLINE