Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam tangkapan pertama, seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan di Jalan Raja Uda dan menemukan sebuah kotak berisi bunga api pada pukul 8.30 malam.

Tambahnya, dalam tangkapan kedua, dua lagi individu berusia 39 dan 46 tahun pula ditahan tiga jam kemudian di kawasan Tokong Tow Boo Kong.

“Mereka ditangkap ketika sedang berniaga mercun kepada orang awam dihadapan tempat kejadian.

“Ketiga-tiga mereka disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan rampasan dianggarkan bernilai RM5,500,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE