Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana cadangan pembinaan infrastukfur seperti KXP itu akan menelan perbelanjaan besar.

Selain itu, katanya, KXP juga perlu berperanan sebagai pelengkap kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

“Pada masa ini, KXP masih di peringkat cetusan idea dan banyak perkara perlu diperhalusi lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis sumbangan raya AEON dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Pasaraya AEON, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 200 kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dari lima daerah di Kulim, Serdang, Parit Buntar, Bandar Baharu dan Karangan menerima sumbangan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri bagi meringankan beban keluarga masing-masing.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan Kerajaan Pusat meluluskan cadangan pembinaan projek KXP membabitkan pelaburan luar berjumlah RM1.6 bilion.

Bagaimanapun, projek KXP mendapat bantahan daripada kerajaan negeri kerana ia akan memberi impak dari segi ekonomi kepada negeri itu.

Sementara itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, persaingan juga pasti wujud antara KXP dan LTAPP namun perlu berlaku dalam keadaan yang sihat. - UTUSAN ONLINE