Pengarah JPJ negeri, Mohamat Johari Matmor berkata, kesalahan itu dikesan selepas anggotanya menyamar sebagai penumpang bas berkenaan.

Katanya, sepanjang operasi, pihaknya telah memeriksa 92 buah bas dengan tujuh dikesan melakukan pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan lain termasuklah memandu secara berterusan di lorong kanan, menurunkan penumpang pada tempat tidak dibenarkan selain memandu secara berterusan melebihi 300 kilometer (km) tanpa menukar pemandu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai operasi pada hari terakhir sempena Aidilfitri di laluan motosikal Jambatan Pulau Pinang, di sini malam ini.

Sementara itu, beliau memberitahu sepanjang operasi sama, JPJ mengesan 1,064 pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya di negeri ini.

Katanya, jumlah kenderaan yang diambil tindakan pula sebanyak 645 buah manakala sebanyak 5,167 buah kenderaan pelbagai jenis diperiksa. - UTUSAN ONLINE