Ketua Pegawai Eksekutif Per­badanan Bekalan Air Pulau Pi­nang Sdn Bhd (PBAPP), Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata, kapasiti efektif Empangan Air Itam pada masa ini adalah pada kadar 67.3 peratus semalam, berban­ding 92.2 peratus pada 1 Januari lalu.

“Oleh kerana cuaca panas dan kemarau, kapasiti efektif Empangan Air Itam menurun sebanyak

JASENI MAIDINSA
JASENI MAIDINSA 

24.9 peratus dalam tempoh 1 Januari hingga semalam.

“Oleh itu, PBAPP me­mohon kerjasama daripada semua pengguna air di Air Itam dan kawasan sekitar­nya agar mengurangkan penggunaan air harian dengan segera,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Menurut Jaseni, fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat Semenanjung dan Sabah dijangka berte­rusan hingga hujung Mac ini.

Katanya, taburan hujan yang rendah adalah sebab utama pe­nurunan dramatik dalam kapasiti efektif Empangan Air Itam.

“Dalam tempoh 1 Januari hingga semalam, tolok taburan hujan di empangan ini menca­tatkan hanya 94 milimeter (mm) berbanding tolok taburan hujan di Teluk Bahang mencatatkan 172.5 mm hujan dalam tempoh yang sama,” ka­tanya.

Beliau menjelaskan, Empangan Air Itam menyimpan air mentah yang di­gunakan untuk operasi bekalan air di bandar Air Itam dan kawasan sekitarnya.

“Penggunaan air yang tinggi adalah sebab sekunder untuk penurunan ketara dalam kapasiti efektif Empangan Air Itam sejak 1 Januari lalu.

“Tahap penggunaan air yang tinggi ini agak gawat, terutama apabila simpanan air mentah di Empangan Air Itam mengalami penurunan yang ketara,” katanya.