Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berkata, setakat ini identiti dan maklumat berkaitan mangsa yang dikatakan terjatuh dari feri itu belum diperolehi.

“Laporan polis berkaitan orang hilang juga tiada,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi semalam, seorang penumpang dikatakan terjatuh ke dalam laut di 1.2 kilometer Barat Laut berhampiran Terminal Feri Butterworth. - UTUSAN ONLINE