Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

OKT lari : Reman lapan anggota polis berakhir

Jenayah

PULAU PINANG 12 Julai - Seramai tujuh anggota polis yang direman bagi membantu siasatan kes seorang tahanan meloloskan diri pada Ahad lalu dibebaskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua mereka terdiri empat anggota berpangkat Lans Koperal, tiga Koperal dan seorang Sarjan yang masing-masing berusia antara 27 sehingga 59 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik sahaja mendapat perintah mahkamah.

Bagaimanapun, katanya, tempoh reman terhadap seorang nelayan yang merupakan rakan terhadap tahanan yang lolos berkenaan akan disambung esok.

Sementara itu, polis negeri memaklumkan tahanan berkenaan iaitu seorang lelaki Melayu berumur 43 tahun belum berjaya dikesan sehingga kini walaupun telah melakukan pencarian sehingga ke Kedah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi Ahad lalu, tahanan berkenaan, Anuar Ayat berjaya melarikan diri selepas dipercayai menyogok beberapa orang anggota polis Lokap Bayan Baru ketika dibawa untuk bertemu keluarganya.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghyee Lye berkata, anggota polis terlibat kemudian membuat laporan palsu mendakwa van yang digunakan untuk membawa Anuar ke Hospital Balik Pulau mengalami kerosakan sebelum tahanan berkenaan berjaya melarikan diri. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain