Ketua Menteri, Chow Kon Yew berkata, beliau difahamkan projek bangunan apartmen itu masih belum siap sepenuhnya dan pemaju masih dalam proses untuk menguji lampu di bangunan tersebut.

“Kita masih belum mendapat penjelasan daripada pemaju mengapa lampu tersebut begitu rupanya.

“Tetapi apabila gambar seterusnya lebih banyak lampu dipasang maka ia akan menunjukkan satu wajah pemandangan biasa, ini bukan sebuah rumah ibadat atau gereja ia adalah sebuah apartmen,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor meminta pihak berkuasa ini agar segera mengarahkan pihak pemaju projek berkenaan untuk mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan itu supaya tidak kelihatan seperti lambang salib. - UTUSAN ONLINE