Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Kassim berkata, pada masa sama, pihaknya turut terlibat dalam prosedur berkenaan.

“Pada peringkat ini, MAINPP turut bekerjasama dengan polis,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof mengesahkan sekumpulan individu yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenal pasti terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid mengesahkan pihaknya turut melakukan siasatan selepas menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Malik enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai status serta sejauh mana siasatan kes berkenaan sedang dijalankan setakat ini. - UTUSAN ONLINE.