Selain lembu ‘sado’ itu, turut dikorbankan sempena program itu ialah lapan ekor lembu lain serta 19 ekor kambing yang disumbangkan oleh anggota kariah masjid berkenaan.

Menurut pengerusi masjid, Yusof Yaacob, pihaknya merancang program tersebut sejak hujung tahun lepas dan bersyukur kerana dapat direalisasikan sempena Aidiladha kali ini.

“Alhamdulillah, salah seorang anak kariah kita yang juga penternak lembu bersetuju untuk menyumbangkan lembu bersaiz besar ini untuk dijadikan korban.

“Ini kali pertama lembu seberat ini dijadikan korban oleh pihak masjid dan kita berpuas hati dengan sambutan yang diterima daripada penduduk setempat khususnya kariah masjid sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE