Kesemua mangsa dipercayai mengalami keracunan sejak pukul 4 petang selepas menghadiri program taklimat mengundi yang dianjurkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di institusi berkenaan.

Difahamkan, program itu yang bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari disertai lebih 200 penuntut semester satu.

Menurut sumber, mereka dihidangkan dengan menu nasi ayam merah, telur dan sayur kubis kira-kira pukul 11 pagi.

Keracunan makanan
SEBAHAGIAN daripada penuntut Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau malam ini selepas mengalami keracunan makanan sejak petang tadi. - UTUSAN ONLINE

Bagaimanapun, katanya, puluhan penuntut berkenaan mula mengadu sakit perut bermula pukul 4 petang sebelum dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk menerima rawatan.

“Kesemua pelajar ditemani pensyarah untuk menerima rawatan secara berperingkat dan sehingga pukul 10 malam tadi, lebih 50 pelajar telah dibawa ke hoapital dengan masih ada yang menerima rawatan,” katanya.

Dalam pada itu, setakat pukul 11 malam ini, belum ada pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak berhubung insiden berkenaan. - UTUSAN ONLINE