Bekerjasama dengan kontraktor Kerjaya Prospek (M) Sdn. Bhd., syarikat berkenaan membantu menggantikan se­mula bumbung dua buah rumah, dewan orang ramai dan balai polis Tanjung Tokong.

KEJADIAN belalai air yang melanda Tanjung Tokong, Pulau Pinang Isnin lalu telah merosakkan banyak rumah.

Malah, kakitangan kontraktor dan sukarelawan syarikat berkenaan turut terlibat dalam membaiki kerosakan bumbung rumah dan pangsapuri yang terlibat dalam bencana itu.

Pengarah Urusan Kanan Kumpulan E&O, Datuk Zawawi Yusop berkata, selepas bencana itu, pihaknya segera menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bu­ngah, Zairil Khir Johari untuk mengkoordinasikan bantuan kepada penduduk terlibat.

Katanya, selain bantuan peralatan dan membaiki se­mula kerosakan akibat ribut itu, pihaknya turut mengedarkan 100 bungkus nasi kandar dan air minuman kepada penduduk terlibat.

“Kehadiran Kumpulan E&O di negeri ini bukan semata-mata untuk melibatkan diri dalam sektor pembangunan hartanah.

“Sebaliknya, kami juga mempunyai tanggungjawab sosial terutama dalam mendekati dan menjaga kebajikan penduduk khususnya di kawasan yang mana kami terlibat dalam pembangunan lebih-lebih lagi dalam situasi bencana seperti ketika ini,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian ribut dan belalai air pada pukul 1.30 petang Isnin lalu, bumbung beberapa buah rumah dan pangsapuri di sekitar Tanjung Tokong rosak selepas diterbangkan angin kencang.

Kejadian itu turut menyebabkan gerai dan tapak perniagaan penduduk di sekitar kawasan tersebut rosak serta beberapa batang pokok tumbang namun tiada penduduk yang dilaporkan cedera.

Dalam pada itu, Zawawi me­lahirkan penghargaan kepada syarikat kontraktor dan sukarelawan yang turut menyokong serta menjayakan usaha membantu penduduk terlibat menerusi inisiatif berkenaan.