Selaku Tokoh Maal Hijrah, pendakwah yang terkenal dengan kelantangannya mempertahankan Islam itu menerima wang tunai RM8,000, trofi serta hadiah sampingan lain yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Hadir sama isteri beliau, Toh Puan Majimor Shariff; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan Timbalan Ketua Menteri I yang juga Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) (Agama) negeri, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Selain Tokoh Maal Hijrah, beberapa anugerah lain turut disampaikan pada majlis berkenaan termasuk Anugerah Penarafan Bintang Masjid yang diberikan kepada lima masjid terbaik iaitu Masjid At-Taqwa, Masjid Al-Jalal Wal Kamal, Masjid Dato’ Sheikh Adnan, Masjid Lahar Tabut dan Masjid Kebun Sireh.

Turut disampaikan Anugerah Saudara Kita (Siti Sarah Tan Abdullah), Anugerah Pendakwah Negeri (Ridoudin Abdul Wahab) serta Anugerah Bapa dan Ibu Mithali yang masing-masing diberikan kepada Che Sulong Mat dan Datin Kalthum Ibrahim.

Kesemua mereka menerima wang tunai berjumlah RM4,000, sijil penghargaan serta hadiah sampingan lain. -UTUSAN ONLINE