Noraini berkata, beliau tidak menyangka Kelab Kebajikan Guru sekolah itu melakukan kejutan untuk semua guru dengan memberi sejambak bunga pada awal pagi ini.

“Saya memang tidak dimaklumkan langsung tentang program pada hari ini dan amat teruja apabila disambut oleh guru dan murid.

“Semua guru terharu de­ngan sambutan ini dan rasa dihargai biarpun amat ringkas dan teruja dengan kesungguh­an murid yang sanggup beratur di pintu masuk sekolah dalam keadaan hujan,” kata­nya di sini hari ini.

Lebih manis, program itu turut disertai Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said dan Ke­tua Pemuda UMNO bahagian itu, Abu Bakar Sidekh Zainol Abidin.

Sementara itu, Mohd. Zaidi berkata, pihaknya turut menganjurkan Sambutan Hari Guru peringkat daerah Seberang Perai Tengah bagi meraikan 2,060 guru dari 35 sekolah.

“Jika tahun lepas kita hadiah­kan kek hari lahir kepada semua guru tetapi tahun ini, kita buat kelainan dengan memberi hadiah­kan sepasang kain.

“Kita harapkan dengan sumbangan ini memberi motivasi kepada guru untuk berkhidmat lebih tekun dan bersemangat demi mendidik anak bangsa,” katanya.