Pengerusi Pergerakan Pute­ri Islam Pulau Pinang itu menerima anugerah yang disam­paikan Timbalan Menteri Lu­ar, Datuk Marzuki Yahya dalam majlis yang turut dihadiri Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Jamil Mohamed di sini semalam.

Selain itu, anugerah lain yang disampaikan ialah Anu­gerah Khas Kepimpinan Ko­kurikulum kepada Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan, Norhassim Mahat.

Dalam pada itu, seramai tiga guru dipilih menerima Anugerah Khas Guru Hebat iaitu Mohamad Subhi Othman dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Haji Hassan Noh; Sharifah Athikah Syed Alias (SMK Seberang Jaya) dan Linda Toh (Penang Free School).

Dalam ucapannya, Mohd. Jamil berkata, sebanyak 24 kategori anugerah diberikan kepada murid, pelajar, pasukan badan beruniform, kelab persatuan, jurulatih dan sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah yang cemerlang dalam pengurusan kokuriku­lum, sekali gus membantu kecemerla­ngan dalam bidang kurikulum.

Menurutnya, penerima anu­gerah itu dinilai dari pelbagai aspek penglibatan dan pencapaian yang menentukan penerimanya adalah yang terbaik serta mampu menyuntik motivasi para pelajar dan pihak sekolah.

“Para pelajar di Pulau Pinang juga telah menempa kejayaan di peringkat antarabangsa dalam beberapa per­tandingan berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) seperti pingat emas bagi Projek Inovasi Kejuruteraan di Pusat Pame­ran Korea di Seoul, Korea Selatan serta dua pingat emas bagi Projek Inovasi Sains Kejurute­raan di Bangkok, Thailand.

“Selain itu, mereka juga cemerlang dalam pertandi­ngan koakademik peringkat ke­bangsaan, antaranya naib johan Pertandingan Mendeklamasi Syair Sekolah-sekolah Mene­ngah dan Festival Teater Sekolah-sekolah Menengah pe­ringkat Kebangsaan 2018,” katanya.

Dalam pada itu Marzuki berkata, majlis anugerah seumpama itu adalah platform terbaik untuk memberikan pengiktirafan kepada penglibatan aktif pelajar dalam bidang kokurikulum dan ke­senian.

Jelasnya, ia bukan sahaja dapat meningkatkan potensi diri untuk bersaing ke peringkat global, malah memupuk jati diri yang mantap dalam mendepani cabaran bagi melahirkan insan yang holistik.