Timbalan Pengurus Kanan Komunikasi Korporatnya, Azizi Azizan berkata, kadar diskaun itu akan bermula dari pukul 12.01 tengah malam 16 Februari hingga pukul 11.59 malam 17 Februari ini di Plaza Tol JSAHMS dan Plaza B di Plaza Tol Bandar Cassia.

Menurut beliau, pemberian diskaun itu merupakan sebahagian initiatif tanggungjawab sosial korporat JKSB selain untuk menghargai sokongan pengguna JSAHMS sejak mula dibuka sehingga sekarang.

“Kita menjangkakan sebanyak 20,000 hingga 25,000 kenderaan akan menggunakan JSAHMS sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti hujung minggu yang panjang kali ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, lebih 8.1 juta kenderaan telah menggunakan JSAHMS sepanjang tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat antara lima hingga 10 peratus tahun ini. – UTUSAN ONLINE