Penjualan penyedut mi­numan bagi menggantikan buatan plastik yang tidak mesra alam itu dibuat sempena penganjuran Kempen Sisa Sifar: Gorange hujung minggu lalu.

Program itu bertujuan menyokong usaha kerajaan dalam melarang penggunaan penyedut minuman plastik konvensional menjelang 2020.

Selain itu, program tersebut juga bagi menyediakan alternatif khususnya kepada warga PPK dan USM untuk membawa penyedut minuman sendiri yang boleh digunakan berulang kali berbanding menggunakan buatan plastik.

Salah seorang peserta program itu, Jasmine Regina Fong Chui Hsia berkata, inisiatif menjual penyedut minuman besi itu disebabkan kesukaran penuntut khususnya untuk membeli­nya secara terus.

Ini kerana, katanya, penyedut minuman besi itu lazimnya hanya boleh dibeli menerusi acara tertentu atau menerusi online.

“Sebab itu kita menyo­kong usaha menjual penyedut minuman besi ini yang dibuat tanpa mengambil sebarang keuntungan kerana dapat memudahkan warga USM selain bertindak ke arah kehidupan yang lebih lestari,” katanya.

Dalam pada itu, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat lan­jut mengenai penjualan penyedut minuman besi tersebut serta berkenaan Kempen Sisa Sifar: Gorange USM boleh melawati Facebook https://www.facebook.com/GorangeUSM.