Acara lelongan yang bermula kira-kira pukul 10 pagi itu disertai seramai 570 orang awam dan berjaya mengutip hasil sebanyak RM2,314,200.

JPJ negeri dalam satu kenyataan berkata, kenderaan pertama yang berjaya dibida adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish 1.8 (A) pada harga RM24,000.

JPJ
 

Sementara itu, katanya, kutipan tertinggi pula adalah melalui dua buah MPV jenis Toyota Estima 2.4 (A) yang dibida masing-masing pada harga RM52,000.

“Selain itu, kereta jenis Nissan Sentra 1.6 dan Nissan March 1.0 masing-masing berjaya dibida pada harga RM7,000 iaitu sebagai bidaan terendah,” demikian menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sementara itu, tambah kenyataan itu, sebanyak tiga buah kenderaan tidak boleh didaftar turut habis dibida dengan nilai keseluruhan RM9,200.

Katanya, JPJ negeri secara keseluruhannya berjaya mengutip sebanyak RM2,419,200 termasuk daripada penjualan buku-buku manual lelongan.

“Hasil lelongan hari ini bagi 100 buah kenderaan itu adalah sebanyak RM2,314,200 manakala hasil penjualan buku lelongan yang bermula 25 Mac hingga semalam adalah sebanyak RM105,000,” katanya. - UTUSAN ONLINE