Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, kesemua mereka yang berpangkat Lans Koperal berusia 20-an itu ditahan kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.

Menurut beliau, kesemua mereka yang bertugas di Balai Polis Bukit Tengah di sini dipercayai meminta suapan RM13,000 daripada dua lelaki warga asing yang ditahan kerana kesalahan dadah.

Kesemua mereka dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 3. 15 petang tadi dengan dua daripadanya dilihat memakai seluar dan kasut operasi polis.

Majistret Mohamad Amin Shahul Amin membenarkan permohonan reman berkenaan bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE