Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Program Empower tingkat prestasi murid

Program motivasi yang disertai oleh murid SK Renok dalam Program
Program motivasi yang disertai oleh murid SK Renok dalam Program Motivasi Jiwa dan Hati di Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini.

GUA MUSANG 21 Feb. – Program Empower ECER yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya mengembangkan prestasi akademik pelajar yang rata-ratanya terdiri daripada golongan miskin tegar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani berkata, ketika ini terdapat lebih 300 pelajar di daerah ini telah menyerti program tersebut.

Beliau berkata, program itu memberikan kesan yang mendalam kerana dirancang dengan berstruktur dengan matlamat untuk mengembangkan minat pelajar di kawasan luar bandar dalam bidang akademik.

“ECERDC bukan sahaja membantu mempertingkatkan status sosio-ekonomi tetapi turut membantu tahap pencapaian kecemerlangan akademik anak peserta.

“Fokus program Empower ECER adalah kelompok pelajar yang bakal menduduki peperiksaan nasional seperti UPSR, PT3 dan SPM,” katanya.

Beliau ditemui pemberita di Sekolah Kebangsaan (SK) Renok Baru selepas merasmikan program motivasi ‘Jiwa dan Hati’ anjuran Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan kerjasama UMK di sini semalam.

Yang turut hadir, wakil dari ECERDC Kelantan, Jalaludin Omar.

Program motivasi yang dihadiri kira-kira 200 murid dan ibu bapa itu memberi suntikan semangat kepada murid dibawah program Empower ECER untuk belajar serta berjaya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ceramah motivasi diberikan oleh seorang pendidik, Hassan Che Bedolah dari SK Lepan Jaya diharap dapat mengubah gaya pemikiran dan keterujaan dalam pembela­jaran serta kehidupan seharian.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain