Sedangkan perbadanan itu sebelum ini telah mengeluarkan notis bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PPj telah menetapkan kadar baharu bagi sewaan kuarters PPj iaitu Blok F (Aras 1 hingga 16) ialah RM800 manakala Blok G Aras bawah dan Aras 1 ialah RM800 manakala Aras 2 (RM700) dan Aras 3 dan 4 (RM600).

kenaytatann sewa
NOtis PPJ untuk menaikkan sewa kuarters. 

Hari ini, Presiden PPj, Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, keputusan berkenaan diambil selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan berhubung kenaikan kadar sewa itu.

“Adalah dimaklumkan selepas berbincang dengan Kementerian Wilayah Persekutuan, PPj membuat keputusan untuk tidak menaikkan kadar sewa kuarters Blok F dan G milik PPj di Presint 11.

“Kenaikan kadar sewa tidak sesuai dilaksanakan dalam keadaan semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari.

Sejak semalam bertebaran dua rakaman foto salinan notis rasmi berhubung kenaikan sewa kuarters Perbadanan Putrajaya (PPj) sehingga menimbulkan reaksi kurang senang netizen kerana kadar kenaikan yang mendadak.

Notis tersebut, menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PPj telah menetapkan kadar baharu bagi sewaan kuarters PPj iaitu Blok F (Aras 1 hingga 16) ialah RM800 manakala Blok G Aras bawah dan Aras 1 ialah RM800 manakala Aras 2 (RM700) dan Aras 3 dan 4 (RM600).

Perkara berkenaan turut mengundang reaksi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan kadar sewa kuarters PPj itu naik mendadak dari RM400 kepada RM800 sebulan.

"Kalau betul-betul perlu dinaikkan, naikkanlah sedikit demi sedikit. Jangan digandakan serta-merta macam ini sehingga tidak dapat bernafas," katanya dalam catatan di Facebook miliknya semalam.

Najib berkata, penyewa kuarters berkenaan adalah penjawat awam dan pekerja kerajaan dan menurutnya, PPj adalah milik penuh kerajaan dan di bawah kawal selia kerajaan.-UTUSAN ONLINE