Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Petugas Utusan gondol tiga hadiah utama

Wartawan Utusan menang tiga hadiah utama
WARTAWAN, Rosalinda Md. Said (kanan) dan jurugambar, Azlan Baharom memenangi tiga hadiah utama dalam Majlis Apresiasi Media Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2017, malam tadi. - UTUSAN ONLINE/DJOHN SHAHRIN SHAH

KUALA TERENGGANU 8 Mac - Dua petugas Utusan Malaysia memenangi tiga hadiah utama dalam Majlis Apresiasi Media Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2017 di sini, malam tadi.

Wartawan, Rosalinda Md. Said muncul sebagai pemenang kategori Pendidikan Terbaik bagi Berita Akhbar Bahasa Melayu dan Berita Dalam Talian (online) Bahasa Melayu.

Jurugambar Utusan Malaysia, Azlan Bahrum pula memenangi kategori Foto Terbaik bagi kategori sama dan pemenang setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM500 beserta sijil.

Anugerah kepada para pemenang dalam majlis yang dijadikan tradisi tahunan itu disampaikan Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar.

Lebih 100 pengamal media yang bertugas di negeri menyertai masjlis yang dimeriahkan dengan Anugerah Gerbang Pena iaitu pertandingan dalam pelbagai kategori yang memberi fokus kepada liputan penyelidikan dan aktiviti lain berkaitan institusi pengajian itu.

Terdahulu, dalam ucapannya, Nor Aeini berkata sokongan padu daripada pengamal media elama ini telah menempatkan UMT sebagai universiti peneraju dalam bidang sains marin dan sumber akuatik.

“Ledakan teknologi komunikasi maklumat ketika ini menjadikan cabaran dalam mempertahankan agenda nasional, dengan aliran berita menjadi begitu, terlalu banyak informasi sama ada sahih atau tidak disebarkan.

“Namun saya percaya secanggih mana pun teknologi itu, etika dan tanggungjawab anda sebagai wartawan tidak pernah berubah khususnya dalam menyampaikan maklumat tepat,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain