Lebih menyedihkan selepas hampir seminggu kejadian itu berlaku, dia yang hanya melakukan kerja-kerja kampung tidak mempunyai wang untuk membaiki kerosakan serta memasang bumbung baharu di kediamannya itu.

Katanya, ketika kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, dia terdengar bunyi dentuman kuat sebelum mendapati bumbung di bahagian bilik serta beberapa kawasan lain sudah tiada.

Malah kata Norizan, kejadian ribut atau belalai air yang berlaku itu turut menjejaskan beberapa rumah lain di kawasan sekitar.

SEORANG lelaki membantu memasang kain plastik sebagai pelindung sementara selepas bumbung rumah Nori

SEORANG lelaki membantu memasang kain plastik sebagai pelindung sementara selepas bumbung rumah Norizan Tahir di RPA Arau diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut di Perlis, Khamis lalu. - UTUSAN ONLINE

“Setiap malam saya bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana beberapa bahagian di rumah sehingga kini masih tiada bumbung akibat kejadian itu.

“Saya bernasib baik kerana dalam beberapa hari ini cuaca baik, jika hujan, sudah pasti rumah saya sudah dipenuhi air. Hendak tukar bumbung bagaimana, kehidupun saya pun diibarat seperti kais pagi makan pagi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Norizan, sebelum ini, ada pihak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkunjung ke rumahnya namun mereka memerlukan masa untuk melihat kerosakan tersebut sebelum dapat memberi bantuan.

“Saya berharap ada pihak yang membantu atau memberikan sedikit peruntukan untuk saya memasang bumbung baharu dalam masa terdekat ini,” katanya yang tinggal bersendirian di rumah tersebut. - UTUSAN ONLINE