Pengarahnya, Dr Sirajuddin Hashim berkata pengusaha kedai makanan berkenaan diberi tempoh selama enam bulan untuk mematuhi arahan yang berkuatkuasa mulai semalam.

Katanya semua pengusaha hendaklah mempamerkan papan notis berukuran 50cm x 40cm. Operasi yang dilakukan bersama Unit Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di 20 premis menjual makanan mendapati tiada perokok dikesan melanggar peraturan baharu itu, kata Dr Sirajuddin kepada media selepas operasi berakhir.

Dalam operasi itu, Jabatan Kesihatan dan MPK mengedarkan risalah larangan merokok di premis menjual makanan dan tempat tumpuan orang ramai. -- BERNAMA