Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rumah nenek didiami sejak 60 tahun dibaikpulih

Rumah nenek didiami sejak 60 tahun dibaikpulih
TIMBALAN Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (dua dari kanan), Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man (kanan) serta ADUN Titi Tinggi, Khaw Hock Kong (kiri) beramah mesra bersama penerima bantuan, Mah Che Aim, 85 dalam Majlis Pelancaran Gotong-royong Program Bantuan Rumah (PBR) 2017 di Kampung Kolam di sini, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

PADANG BESAR 12 Sept. - Hari penuh bersejarah bagi seorang nenek apabila akhirnya rumah yang didiaminya lebih 60 tahun lalu kini sudah dibaikpulih.

Mah Che Aim, 85, dari Kampung Kolam dekat sini tambah bersyukur apabila turut menerima kunjungan dua pemimpin iaitu Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Azlan juga telah melancarkan Gotong Royong Program Baiki Rumah (PBR) bersama dengan penduduk kampung dan beberapa agensi seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Rela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Kolam, hari ini.

“Sudah beberapa kali saya membuat permohonan membaiki bahagian dapur rumahnya yang sudah terlalu uzur,” katanya yang bergerak menggunakan kerusi roda.

Nenek ini yang tinggal bersendirian tidak menjangka kehadiran ramai pihak untuk bergotong royong memperbaiki rumahnya yang telah dibina oleh suaminya di awal perkahwinan mereka. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain