Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail memaklumkan, manakala kutipan bagi tempoh Januari hingga September lalu ialah sebanyak RM60,262.

“Jumlah kutipan tabung ‘Baraatuz Zimmah’ (t-BAZ) MAIPs dari 1 Januari hingga 29 September 2018 pula adalah sebanyak RM25,150.24 menjadikan jumlah keseluruhannya sejak diwujudkan empat tahun lalu adalah sebanyak RM256,847,67,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs sebanyak RM15,000 untuk Tabung Ibnu Sabil bagi kegunaan rakyat Malaysia yang dalam kesusahan di Jordan di Lapangan Terbang Antabangsa Queen Alia, Amman, Jordan, baru-baru ini.

Sumbangan tersebut diserahkan baginda kepada Duta Besar Malaysia ke Jordan, Datuk Jilid Kuminding.

Berangkat sama ialah anakanda sulung baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Pada kesempatan tersebut, baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs, menitipkan penghargaan kepada semua penyumbang yang sentiasa menaruh kepercayaan kepada MAIPs untuk mentadbir dan menguruskan sumbangan mereka. 

Baginda juga mengalu-alukan sumbangan idea, pandangan dan maklumat kepada pihak MAIPs dalam usaha memperbaiki dan memperkemaskan lagi pengurusannya pada masa yang akan datang.- UTUSAN ONLINE