Berangkat sama mengiringi Tuanku Lailatul Shahreen ialah anakanda kedua dan ketiga, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Majlis tersebut dihoskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad.

Antara aktiviti menarik pada majlis itu ialah persembahan gendang 24 musim, tarian tradisional, persembahan diabolo, tarian singa dan juga pancaragam.

Tuanku Lailatul Shahreen turut menyampaikan angpau kepada golongan miskin.- UTUSAN ONLINE