Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Seramai 1,500 tetamu dalam kalangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, serta para pemimpin masyarakat hadir bagi berbuka puasa bersama-sama baginda dan turut solat maghrib, isyak serta sunat tarawih berjamaah.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan tazkirah dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor mengimamkan solat tarawih.

raja-3
 

Di akhir majlis Tuanku Raja Perempuan diiringi Tuanku Raja Puan Muda berkenan mengurniakan sumbangan ‘Ihyak Ramadan’ yang masing-masing menerima RM3,000 daripada pihak MAIPs’ kepada rumah-rumah amal kebajikan yang menempatkan warga emas Negeri Perlis seperti Rumah Seri Kenangan Jejawi, Rumah Sejahtera Batu Bertangkup dan Rumah Sejahtera Baitul Hannan, Behor Mali.

Turut menerima ialah 11 orang para penghuni Rumah Sejahtera Baitul Hannan yang hadir menerima RM200 setiap seorang daripada baginda berjumlah penuh RM 2,200.