Berangkat sama pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh pengetua sekolah berkenaan, Abdul Hadi Osman dan timbalannya, Gazali Abdullah.

Turut hadir ialah Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd Darus; ketua penyelaras bersama program itu, Azuan Mohd Nasir serta 280 pelajar tingkatan satu hingga tiga sekolah itu.

Program tersebut adalah anjuran YTSP Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri.

Bersempena kunjungan itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan merasmikan perpustakaan Ummi Halimaton sekolah tersebut. - UTUSAN ONLINE