gunung-1
 

Perjalanan santai sambil dapat melihat flora dan fauna serta pemandangan indah dari atas bukit ke arah sawah padi, kebun-kebun harumanis serta bukit-bukit batu kapur yang tersergam indah itu melibatkan laluan melalui kawasan tanah dan dusun buah-buahan persendirian berbukit bukau dengan tanaman seperti durian, manggis, cempedak dan petai sebelum memasuki kawasan Hutan Simpan Kurong Batang.

Batu Sempadan "4P" tersebut terletak di jajaran sempadan Malaysia-Thailand yang berada dalam Hutan Simpanan Kekal yang bermula dari Kuala Perlis dan berterusan ke Batu Sempadan 8C iaitu di Gunung Perlis dan 8B di pintu masuk sempadan Wang Kelian.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Nasaruddin Abdul Muttalib dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Ag. Shaffie Ag. Ahmadni.