Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Perlis 2019’ yang diadakan di Sri Kesayangan, Jalan Tun Abdul Razak, Kangar petang semalam.

Keberangkatan tiba kedua-dua tetamu diraja berkenaan ke program yang turut mendapat kerjasama padu daripada pihak syarikat Nestle Malaysia Berhad dan juga organisasi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan - W.I. Negeri Perlis itu disambut oleh Yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Perlis, Datuk Hajah Tengku Shireen Datuk Paduka Tengku Suleiman serta para pemimpin kanan persatuan.

Program tersebut telah disusun bermula dari pagi hingga petang bagi acara memasak dan pembungkusan serta pengedaran bubur lambuk. Ia telah diselaraskan dengan melibatkan AJK Persatuan Pandu Puteri, guru-guru dan juga murid-murid dari 3 buah sekolah rendah iaitu SK Seri Indera, SK Oran dan SK Titi Tinggi serta 3 buah sekolah menengah terdiri daripada SMK Derma. SMK Syed Sirajuddin dan SMK Datuk Sheikh Ahmad.

Sebanyak 1,012 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada penduduk tempatan di lima buah lima lokasi pengedaran termasuklah di Ladang Tebu, hadapan Makam Diraja Arau, depan bangunan KWSP Kangar, Jalan Tun Abdul Razak dan juga di depan Pejabat Pos Laju Taman Sena Indah, Kangar.