TEH CHAI AAN
TEH CHAI AAN

Timbalan Pengerusi MCA negeri, Teh Chai Aan berkata, ini termasuklah pusat khidmat yang terdapat di Parlimen Kangar yang kalah kepada PKR pada pilihan raya umum tersebut.

Kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, sebelum ini, Pusat Khidmat MCA turut beroperasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan meskipun MCA tewas di kerusi tersebut pada PRU-13.

“Kita hendak maklumkan bahawa Pusat Khidmat MCA di Perlis (tiga Parlimen iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar) masih beroperasi kerana negeri ini kekal di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Isu-isu rakyat berkaitan masalah setempat dan negeri akan cuba diselesaikan melainkan di peringkat Pusat kerana kerajaan telah bertukar (Pakatan Harapan),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada PRU-14, Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PPBM, PKR, DAP dan PAN meraih majoriti mudah di Parlimen dengan 113 kerusi untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Parti BN pula memenangi 79 kerusi Parlimen manakala PAS pula dengan 18 kerusi diikuti Parti Warisan Sabah (8); Parti Solidariti Tanah Airku (1) dan Bebas (3).

Parti MCA yang merupakan komponen BN hanya menyumbangkan satu kerusi Parlimen di Ayer Hitam, Johor dan dua kerusi DUN iaitu Cheka, Pahang dan Titi Tinggi, Perlis.

Berikutan itu, dikatakan Pusat-Pusat Khidmat MCA di negeri-negeri telah ditutup. - UTUSAN ONLINE